Akaun finejots.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Kuasai Bisnes Anda dengan BMC

Kuasai Bisnes Anda dengan BMC

Dunia Bisnes Bergegar! Bagaimana Mahu Membuat Keputusan Terbaik Buat Bisnes pada Ketika Sebegini? Apakah Ada Kaedah dan Strategi Terbaik?

Strategi Membuat Keputusan Para Usahawan Fortune 500 [Baca hingga habis untuk tahu kaedahnya]

SATU SOALAN

Adakah Anda tergolong dalam salah satu kategori di bawah?

  • Usahawan yang menghadapi situasi sukar dalam ekonomi tidak menentu.
  • Bisnes Anda sekarang berada dalam situasi tanpa hala tuju.
  • Baru memulakan langkah dalam dunia bisnes bagi menambah sumber pendapatan baru namun tidak tahu membangun perancangan strategik.
  • Mahu buat bisnes tetapi tidak tahu mahu bermula daripada mana, bimbang terjerumus ke dalam risiko tidak terjangka.
  • Tidak termasuk dalam mana-mana golong di atas tetapi mahu tahu tentang bisnes dan mungkin satu hari mahu menceburi bisnes.

Situasi ekonomi sekarang dalam keadaan tidak menentu. Simptom-simptom kegawatan ekonomi mula terlihat.

Antara simptom-simptom yang dapat dilihat sekarang:

  • Syarikat mula mengecilkan operasi dengan memberhentikan pekerja.
  • Notis-notis kedai untuk disewa dan dijual mula terpapar di premis-premis perniagaan yang dahulunya ada syarikat beroperasi di sana.
  • Bank-bank mula mengetatkan kawalan kredit.
  • Kadar pinjaman bank untuk hartanah juga mula diperketatkan.
  • Kadar mata wang negara makin menurun berbanding mata wang dunia.
  • Daya beli masyarakat juga menurun, produk-produk bukan komoditi mula terasa kesannya.

Ini ditambah pula dengan beberapa khabar kurang menarik dunia bisnes:

  • Syarikat francais terkenal yang mengumumkan pengubahan hala tuju bisnes daripada bisnes fesyen kepada bisnes kecantikan dan kesihatan.
  • Syarikat yang iklannya terpampang pada billboard di sepanjang jalan seluruh negara terpaksa mengecilkan bilangan outletnya daripada 30 buah hanya tinggal 1 sahaja.
  • Syarikat yang dahulunya membuka gedung di 7 pasaraya, terpaksa menutup 5 tinggal hanya 2. Itupun dikhabarkan mencatat kerugian setiap bulan.
  • Syarikat gergasi negara dikatakan akan mula membuang pekerja

Inilah realiti semasa yang dihadapi oleh dunia bisnes, seram bukan?

Pada keadaan begini, cabaran seorang usahawan ataupun pengurus bisnes adalah membuat keputusan terbaik untuk bisnesnya.

Keputusan yang dibuat akan menentukan sama ada bisnes akan jadi lebih baik, lebih buruk ataupun statik dan tidak berkembang. Tambah pula dengan situasi ekonomi sekarang yang tidak menentu. Tersilap membuat keputusan buruk padahnya. Kebarangkalian bisnes gulung tikar adalah amat besar pada ketika ini.

Seorang OTAI DUNIA BISNES PENERBITAN pernah berkata, jika ia diberikan peluang memulakan bisnes baru pada ketika ini beliau tidak akan melakukannya. Kenapa? Situasi dunia bisnes sekarang adalah amat berbeza apabila dibandingkan dengan keadaan masa lalu. Dahulunya bisnes memerlukan masa 2 ke 3 tahun untuk sesebuah syarikat menjadi matang. Matang dalam erti kata melihat jatuh bangunnya. Namun teori itu tidak terpakai sekarang. Bisnes yang dibuka 3 bulan lepas, mungkin sekarang sudah ditutup.

Bisnes adalah seumpama seekor kuda liar yang akan ke mana-mana sahaja dalam situasi ekonomi sekarang. Jadi bagaimana mahu TAKLUK dan KUASAI BISNES sekarang?

BAIK, KAMI AKAN CERITAKAN SOLUSINYA!

Sebelum kita mahu bercerita mengenai KUASAI BISNES. Apakah kita faham dengan istilah KUASAI dan BISNES?

Apakah itu KUASAI?

KUASAI berasal usul daripada kata akar KUASA atau 'POWER'. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, 'POWER' membawa maksud mempunyai daya upaya ataupun autoriti ke atas sesuatu.

Apa itu BISNES?

Bisnes adalah suatu aktiviti yang melibatkan 2 perkara iaitu IDEA BISNES dan MODEL BISNES.

Jadi gabungan kedua-dua perkataan KUASAI BISNES membawa maksud mempunyai autoriti dan hak ke atas IDEA BISNES dan MODEL BISNES.

Kesimpulan yang boleh dibuat, tanpa pengetahuan berkenaan IDEA BISNES dan MODEL BISNES seseorang usahawan sukar menguasai bisnesnya dan sudah tentu sukar membuat KEPUTUSAN TERBAIK ke atas bisnesnya.

Persoalan kepada ANDA yang membaca apakah Anda sudah mempunyai IDEA BISNES dan MODEL BISNES dalam bisnes ANDA? Apakah yang Anda faham dengan IDEA BISNES dan MODEL BISNES? Baca hingga ke bawah bagi mengetahui lebih lanjut.

Apakah itu IDEA BISNES?

Idea bisnes adalah apa-apa sahaja perkara berkaitan PRODUK dan PERKHIDMATAN.

Persoalannya, tahukah Anda apakah PRODUK dan PERKHIDMATAN yang Anda tawarkan? Apakah Anda memahami dan mengenalinya dengan mendalam? Baca seterusnya...

Apakah itu MODEL BISNES?

MODEL BISNES adalah satu kaedah meletakkan IDEA BISNES Anda ke dalam pasaran dengan tepat dan berkesan. Pada masa yang sama memastikan IDEA BISNES ini dapat dibekalkan secara berterusan kepada pelanggan. Ia memerlukan pelaburan yang optima dengan keuntungan yang juga optima.

Seperti masuk kelas pengurusan perniagaan pula kan? Seorang usahawan atau pemilik WAJIB tahu mengenainya. Jadi jika Anda sudah tahu Alhamdulillah, jika masih belum tahu terus membaca sehingga bawah.

Jadi bagaimanakah hendak membina MODEL BISNES yang sesuai dengan situasi semasa dan menjadi fleksibel untuk berinovasi pada masa hadapan? 

Kami ada penyelesaiannya, kami perkenalkan

KURSUS ONLINE ini adalah gabungan kemahiran dan pengalaman berpuluh tahun dalam industri serta bisnes.

Bengkel ini akan berikan kekuatan tambahan kepada Anda sebagai seorang usahawan bagi membuat KEPUTUSAN terbaik dalam BISNES Anda. Ia akan memberikan faedah buat Anda daripada 3 aspek:

Pertama: Lebih Fokus

Strategi ini memudahkan Anda sebagai usahawan melihat setiap satu blok dalam bisnes Anda secara terperinci dan dapat menghubungkaitkan setiap satunya dengan baik. Anda dapat FOKUS kepada perkara yang PALING PENTING dan memberikan IMPAK PALING BESAR.

KEDUA: Membangunkan KEPANTASAN DAN KETANGKASAN

Strategi ini menyebabkan syarikat Anda lebih pentingkan KUALITI berbanding KUANTITI. Kaedah yang akan kami ceritakan ini AMAT RINGKAS tetapi IMPAKnya MAKSIMUM. Ia menjadikan usahawan itu lebih TANGKAS menjelajah bisnesnya seumpama berada di ruang permainan dengan minda seorang inovator dan ideator.

KETIGA: Membina BAHASA SAMA dengan semua warga kerja

Kaedah ini akan memudahkan Anda sebagai seorang usahawan membina BAHASA SAMA yang dapat disebarluaskan kepada warga kerja dengan lebih berkesan. Bahasa-bahasa mudah tetapi melekat yang menjadikan proses komunikasi antara warga kerja lebih baik, meningkat produktiviti dan memacu prestasi.

Apa Itu Business Model Canvas?

BUSINESS MODEL CANVAS adalah satu templat pengurusan strategik bagi membangunkan bisnes baru dengan cara pandang baru, juga mendokumenkan bisnes sedia ada dengan cara visual. Ia berbentuk carta visual yang memudahkan para usahawan membangunkan keputusan dalam bina nilai kelebihan dan keunikan, mengenal pasti pelanggan secara terperinci, menyediakan infra bagi menyalurkan nilai kepada pelanggan dan implikasi kewangan yang terlibat.

Menariknya ia dapat dilihat dalam sekeping kertas tanpa menulis kertas kerja perniagaan panjang berjela yang akhirnya menjadi hiasan di rak pejabat sahaja.

Apakah kandungan Kuasai Bisnes Anda dengan BUSINESS MODEL CANVAS?

Kursus ini akan menyediakan minda Anda untuk melihat 4 perspektif utama bisnes Anda iaitu:

  • PERTAMA: PRODUCT (PRODUK) ATAUPUN PERKHIDMATAN (SERVICES)

    Usahawan akan meletakkan PRODUK di tempat paling hadapan. Di sini produk boleh berupa produk sebenar ataupun perkhidmatan yang mahu ditawarkan. Apabila usahawan jelas dengan kedua-duanya menyebabkan usahawan tahu apa sebenarnya yang mahu ditawarkan dalam bisnes mereka.

    Kedua-dua ini dipanggil PRODUCT dalam BUSINESS MODEL CANVAS.

  • KEDUA: POSITIONING (POSISI STRATEGIK)

    Daripada produk yang ada, Usahawan dapat mengenal pasti apakah PELANGGAN, kehendak dan NILAI yang diingini mereka, CHANNEL atau SALURAN bagi menyalurkan NILAI kepada PELANGGAN dan PERHUBUNGAN yang perlu diadakan dengan PELANGGAN. Pada ketika ini usahawan sudah jelas POSISI STRATEGIK untuk setiap PRODUK yang disediakan oleh syarikatnya.

  • KETIGA: PRODUCTION (PENGHASILAN)

    Selepas mengenal pasti 2 P di atas. Tibalah masanya usahawan dibawa menjelajah apakah AKTIVITI UTAMA dan SUMBER bagi membangunkan PRODUK. Usahawan juga dapat mengenal pasti RAKAN-RAKAN KONGSI yang dapat bersama-sama membangunkan BISNES ini.

  • KEEMPAT: PROFIT (KEUNTUNGAN)

    Ini adalah bahagian yang paling penting. Usahawan dapat mengenal pasti STRUKTUR KOS dan ALIRAN TUNAI yang dapat dijana daripada BISNES yang ada.

Kursus ini ada 16 Modul Berimpak Tinggi

  • Modul 1: Membina MINDSET USAHAWAN KENTAL
  • Modul 2: Kenali ASAS BISNES
  • Modul 3: Kenali apa itu BUSINESS MODEL CANVAS
  • Modul 4: 4P dalam BUSINESS MODEL CANVAS
  • Modul 5: Kenali SEGMENTASI PELANGGAN
  • Modul 6: Bangunkan NILAI yang ‘mengghairah’kan PELANGGAN
  • Modul 7: Bina SALURAN (CHANNEL) untuk salurkan NILAI
  • Modul 8: Kuatkan HUBUNGAN PELANGGAN (CUSTOMER RELATIONSHIP) dengan berkesan
  • Modul 9: Kenal pasti ALIRAN TUNAI (REVENUE STREAM) dan salurannya
  • Modul 10: Bina SUMBER UTAMA (KEY RESOURCES) bagi mengembangkan bisnes
  • Modul 11: Wujudkan AKTIVITI UTAMA (KEY ACTIVITIES) bagi menjalankan produksi PRODUK
  • Modul 12: Bina jaringan RAKAN KONGSI (KEY PARTNERS) bagi memantapkan bisnes
  • Modul 13: PRODUK, PRODUKSI, INOVASI
  • Modul 14: Gariskan STRUKTUR KOS (COST STRUCTURE) bagi menjalankan bisnes
  • Modul 15: UNTUNG, UNTUNG, UNTUNG
  • Modul 16: Tip berkuasa tinggi memantapkan bisnes kalis gawat. Semua di atas dengan kadar yang hebat.

Kursus disediakan oleh orang yang NYALA RASA tinggi dan Pakar mengenai Dunia Bisnes

Mior Azli Mior Md Isa adalah Pengurus Besar Unit Khas di salah sebuah GLC terbesar di Malaysia. Beliau adalah seorang yang amat berpengalaman mengurus pelbagai projek besar di organisasi berkenaan.

Pernah berkecimpung dalam dunia bisnes dan pernah melalui jatuh bangun bisnes sebenar. Beliau sekarang diminta oleh kepimpinan organisasi untuk membangunkan kepemimpinan berminda bisnes. Ia bagi menghadapi situasi semasa industri tenaga yang berkembang pesat dengan pelbagai cabaran mendatang. Para pemimpin perlu mempunyai jati diri yang tinggi bagi menghadapi situasi ini.

Beliau sering mengadakan sesi-sesi latihan khas dengan pengurusan tertinggi dalaman dan luaran organisasi bagi membangunkan perancangan strategik jangka masa pendek dan panjang. Hasil pengalaman membangunkan kepemimpinan dan unit-unit bisnes ini diterjemahkan dalam kursus online ini.

Di luar organisasi beliau sering dijemput untuk memberikan pengisian kepada para pengurusan tertinggi dan kanan organisasi bagi memberikan input segar dalam mengurus dan mengatur strategi bisnes mereka.

 

Para peserta Kursus Business Model Canvas kendalian Tuan Mior Azli di UEM Group. Turut hadir En Badrul Feisal, UMW Group CEO dan Puan Cahaya, SGM, UMW GIAD (Group Internal Auditors Division)

Para peserta Kursus Business Model Canvas bersama Tenaga Nasional Research Sdn Bhd

Apa yang Akan Anda Perolehi?

  • Kami Sediakan Kursus dan Program dalam Bentuk Audio Visual

    Kursus Online ini disediakan dalam bentuk digital atau video yang dapat diakses menggunakan komputer riba dan telefon pintar.

  • Buku Kerja Dibekalkan

    Kami akan bekalkan nota dan buku kerja yang profesional. Anda dapat memuat turunnya bagi dicetak untuk digunakan sepanjang sesi bersama Tuan Mior nanti.

  • Sesi Khas Webinar & Forum Bersama Tuan Mior dan Konsultan Lain

    Kami juga menyediakan ruang perbincangan secara online dan webinar. Pihak Anda juga untuk bertanya soalan melalui ruang-ruang disediakan dalam laman web.

Produk kami ini adalah produk VIDEO yang dibuat khas dan bukan diambil daripada mana-mana program kendalian jurulatih di luar sana. Ia dihasilkan secara profesional dan mudah untuk diikuti.

Berapakah kadar yuran untuk Kursus Online Kuasai Bisnes Anda dengan Business Model Canvas ini?

Jika Anda mahu menghadiri kursus ini secara publik Anda perlu mengeluarkan kadar yuran di antara RM300 ke RM1,200 per hari. Ditambah dengan kos minyak dan tol (selalunya kursus sebegini dianjurkan di Kuala Lumpur) mungkin mencecah di antara RM50 ke RM250.

Namun untuk kursus online ini Anda hanya perlu bayar sebanyak

RM150

Anda dapat menontonnya secara berulang kali di mana sahaja dan dapat diakses seumur hidup. Berita baik! Disebabkan ini adalah bulan pelancaran, kami mahu beri potongan harga lagi. Kami hanya kenakan kadar

RM50 sahaja!!

dan ini hanya untuk 100 orang pertama.

Selepas 100 orang yang menyertainya, kadar ini akan meningkat. Percayalah!!!

Lebih menarik, dengan kadar ini Anda akan memperoleh:

  • Akses Ke 16 Video Modul Kuasai Bisnes dengan Business Model Canvas

    Anda akan mendapat AKSES EKSLUSIF ke 16 VIDEO EKSKLUSIF Kuasai Bisnes dengan Business Model Canvas. Ia hanya diberikan khas kepada yang mengambil TINDAKAN SEGERA!

  • Akses Kepada Muat Turun 12 Borang BMC

    Anda juga akan memperoleh akses ke 13 BORANG EKSKLUSIF BMC. Ini borang yang diadaptasi dan direka semula oleh Tuan Mior sendiri. Ia hanya diperoleh dalam program-program kendalian Tuan Mior sahaja dan tidak akan diperoleh di tempat lain.

  • Akses Ke Facebook Eksklusif Kuasai Bisnes dengan BMC

    Anda akan mendapat akses ke ruang Facebook Tertutup dan Eksklusif kepada yang menyertai kursus online sahaja. Di sana Anda boleh bertanya apa sahaja soalan berkaitan BMC ini. Tuan Mior bersama pasukan pakarnya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bantu Anda di sana.

    Selalunya sesi konsultasi ini akan kenakan caj, namun khas untuk peserta kursus online ia diberikan secara PERCUMA!

  • Kemaskini Berterusan Seumur Hidup

    Para konsultan kami amat teruja untuk membantu, daripada masa ke semasa mereka mengemaskini input yang diperoleh hasil kajian mereka. Dan berita baik, kemaskini ini Anda akan perolehinya seumur hidup

money back logo

Jaminan Wang Dipulangkan 15 Hari

Kami amat komited untuk memberikan yang terbaik buat para pelanggan kami. Sehubungan dengan itu jika dalam masa 15 hari selepas mengikuti kelas online ini dan Anda tidak tidak berpuas hati. Hubungi kami dan maklumkan kepada kami. Pihak kami akan memulangkan wang Anda tanpa sebarang persoalan.

Semua perkara dalam hidup berbalik kepada KUASA TINDAKAN.

TINDAKAN Anda hari ini penentu masa hadapan Anda dan bisnes Anda.

Tawaran ini TERHAD BUAT 100 ORANG SAHAJA dan kadar ini akan meningkat apabila cukup 100 orang menyertainya.

BERTINDAK SEKARANG!!

Isi borang di bawah sekarang, dan Anda akan mendapat akses kepada semua bahan di atas segera.

arrow