Akaun finejots.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Pentauliahan Penganalisa Profil DynamicDISC™ (Certified DynamicDISC™ Profile Analyst)

Pentauliahan Penganalisa Profil DynamicDISC™ (Certified DynamicDISC™ Profile Analyst)

Mahu Menjadi Pakar Personaliti dan Karakter Manusia?

Ketahui bagaimana dengan satu sesi 7 minit Anda dapat mengenal Karakter dan Personaliti Manusia dengan Ketepatan 87%

Bukan sahaja memberikan impak kepada diri, keluarga tetapi juga nilai diri dalam pasaran kerjaya

Dan menjadikan Diri Anda berbeza Berbanding Pakar-Pakar Lain di Pasaran


Sertai mereka ini:




Berminat?

Sebelum itu,

SATU SOALAN: APAKAH ERTI KEJAYAAN BUAT ANDA?

Seorang pemuda yang mempunyai motivasi tinggi, apa yang ada di mindanya pada ketika ini adalah mahu mencapai matlamat hidupnya. MENCAPAI KEJAYAAN.

Apa yang pemuda ini faham dan ketahui pada ketika ini untuk berjaya dan memajukan diri, beliau memerlukan kemahiran dan ilmu. Apa yang si pemuda ini lakukan adalah menghadiri sebanyak mungkin majlis ilmu, program latihan itu, latihan ini, mengejar sijil-sijil profesional. Tidak cukup itu dengan itu beliau membaca pelbagai buku daripada pelbagai pakar.

Hingga pada suatu hari beliau menemui satu tulisan berkenaan penemuan sebuah institut profesional, CARNEGIE INSTITUTE yang ‘menempeleng minda’nya.

CARNEGIE INSTITUTE mengatakan bahawa KEJAYAAN dipengaruhi oleh dua faktor iaitu 15% Kemahiran Teknikal dan 85% Kemahiran Kemanusiaan. APA? 85% KEMAHIRAN KEMANUSIAAN?

Selama ini beliau banyak mengisi dirinya dengan pelbagai Kemahiran Teknikal sahaja. Kemahiran Kemanusiaan ini yang kurang dicarinya.

BERHENTI!!!

Apa yang Anda fikirkan pada ketika ini apabila membaca cerita di atas? Seperti pernah dengar sahaja. Cerita siapa ya? ;)

Tentu ada yang kata, Eh! Seperti cerita saya sahaja :)

Selamat datang ke dunia realiti.

Cerita di atas adalah jalan cerita yang biasa untuk orang proaktif. Ini adalah golongan individu yang bergelar trainer, coach, PLF, penceramah, usahawan dan yang sama ‘spesis’ dengannya. Inilah golongan yang sentiasa berusaha memacu kejayaan dalam hidup kerana mempunyai MINDA SUKSES!

Namun begitu semakin banyak kita mendalami pelbagai ilmu teknikal, kita akan sedar bahawa ada yang kurang. Ada satu bahagian yang perlu diisi bagi memacu kejayaan lebih besar ke hadapan.

Bagaimana tahu?



Sayalah salah seorang daripada insan yang mempunyai cerita di atas.


Siapa Saya?




Saya Fauzul Na’im IshakMaster Trainer DynamicDISC daripada Akademi DISC Malaysia. Saya melibatkan diri dalam dunia latihan dan pembangunan potensi diri sejak tahun 2010. 

Kerjaya saya dalam dunia latihan bermula seawal tahun 2001. Pada ketika itu saya banyak mengendalikan kursus-kursus berkaitan penulisan dan penerbitan buku. Ini disebabkan saya bertugas sebagai pengurus penerbitan di sebuah syarikat penerbitan buku terkenal Malaysia.

Saya menjelajah seluruh Malaysia, daripada universiti ke universiti, persatuan ke persatuan dan mengendalikan kursus secara publik di bawah jenama Bengkel PENULIS SUPER.

Selepas 8 tahun mengendalikan kursus berbentuk teknikal penulisan, saya berasa ada kekosongan ruang yang saya perlu isi. Kepuasannya masih belum terasa. Ada yang perlu saya cari. Pada ketika itu saya mulakan rutin berguru dengan beberapa pakar-pakar dunia latihan.

Langkah bermula apabila saya berguru dengan seorang trainer yang mengendalikan pelbagai program pembangunan diri di syarikat bertaraf antarabangsa yang tersenarai di Fortune 500, Tuan Kamran Kiyani. Beliau mengendalikan program Train The Trainer di Bandar Baru Bangi. Dalam program ini saya mula berasa teruja dengan metode latihan yang dikongsikan. Ini  adalah titik tolak penting pemula untuk saya beralih ke bidang baru.

Selepas itu saya diperkenalkan pula dengan seorang sifu dunia latihan bernama Tuan Mohd Rizal Hassan, Master PLF di bawah Take Charge Sdn Bhd. Beliau yang terkenal dengan tagline STOP BANGAUING mengendalikan program pertama Professional Learning Facilitator di bawah anjuran Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Kata-kata beliau kepada saya pada ketika itu amat melekat di minda saya.

“Fauzul, amat rugi jika Fauzul tidak masuk dalam dunia latihan pembangunan diri. Sebab Fauzul ada bakat itu.”

Kemudian saya diperkenalkan dengan satu ilmu baru berkaitan kajian personaliti Analisa Profil DISC. Ilmu ini saya peroleh apabila menghadiri satu slot kendalian syarikat latihan ActionCoach. Pada mulanya saya fikir ini hanyalah kajian psikologi yang biasa-biasa sahaja. Namun apabila saya melalui  dan mengalami Analisa Personaliti menggunakan DISC ini, saya dapati keputusannya mendekati personaliti diri saya. Saya boleh katakan ia hampir tepat.

Pada ketika itu saya berusaha mendalami bidang ini. Alhamdulillah saya menemui maklumat berkenaan program pentauliahan penganalisa profil DISC anjuran Hann Consulting dan Fish Camp. Kajian ini diteruskan hinggalah Akademi DISC Malaysia berjaya membangunkan Sistem Analisa Profil DynamicDISC™ berdasarkan kajian Dr. William Marston sendiri.

Kehidupan saya sebagai seorang individu, bapa, majikan, trainer, suami dan sebagai ahli masyarakat berubah selepas itu. Ini disebabkan cara pandang saya kepada manusia berbeza.

Manusia di sekitar saya tidak dilihat hanya sekadar dengan mata pandang biasa-biasa, bukan sekadar nampak apa yang mereka tuturkan, pergerakan badan dilakukan, memek muka dan tangisan di mata. Saya dapat melihat mereka dengan cara pandang baru. Cara pandang yang saya namakan sebagai MATA MANUSIAWI. Baru saya sedar mengapa mereka melakukan sesuatu perkara dengan cara mereka.

Mengapa mereka stress apabila diberikan tugasan yang banyak, ada yang suka mengejar impian dan harapan, ada yang sukar berubah, ada yang terlampau cerewet dengan pekerjaannya, ada yang kita lihat pelik sukar untuk berubah walaupun terhadap perkara yang dahulunya dianggap kecil.

Kesemua ini adalah disebabkan oleh persoalan dalaman mereka yang tidak pernah saya jelajah sebelum ini. Apabila adanya Alat Personaliti dan Karakter Diri DynamicDISC™ ini, baru saya nampak ‘hijab’ dibuka. Baru saya faham setiap satu perbuatan itu ada puncanya, iaitu apa dalam emosi dan spiritual mereka. Misteri manusia terbongkar.


Adakah Menggunakan Sistem DISC ini Bertilik Nasib?


Pandangan ini adalah pandangan yang selalu ditanyakan dan terlintas dalam minda pengguna. Ia berbeza daripada kaedah kajian personaliti menggunakan meta fizik. Analisa Profil DISC adalah satu kaedah saintifik yang dijalankan berdasarkan teori akademik berkenaan psikologi yang ketat. Kajian empirikal dan analitikal dilakukan oleh pakarnya Dr. William Marston hingga beliau dapat pelbagai penemuan terbaik, antaranya mesin pengesan penipuan, mencipta watak komik terkenal Wonder Woman dan yang paling hebat Analisa Profil DISC. Hasil kajian ini diadaptasi oleh para pakar personaliti ke dalam bentuk sistem analisa profil yang ada sekarang.





Bagaimanakah DISC Menilai Manusia?


Setiap individu melalui satu sesi Analisa Profil DynamicDISC™ yang mempunyai 24 kumpulan pernyataan. Mereka wajib memilih kecenderungan yang paling dekat (LEBIH) dan paling jauh (KURANG) dengan diri berdasarkan pernyataan diberikan. Sesi analisa ini berlangsung selama 7 minit sahaja. Kenapa? Ada rahsianya :)


Hasil daripada proses analisa ini, ia akan membentuk 3 graf iaitu GRAF GAYA SEMULA JADI, GRAF GAYA PENGUBAHSUAIAN dan GRAF GAYA PENSTABILAN.


Apa Kena Mengena Graf dengan Personaliti Manusia?


Ini yang menarik. Pada mulanya saya pun bertanya soalan yang sama. Benarkah graf ini mampu baca personaliti manusia?

Baik! Saya terangkan satu persatu.

Penerangan lanjut graf-graf ini adalah seperti berikut:

1) GRAF GAYA SEMULA JADI

Graf yang berada di sebelah kanan sekali, ini adalah graf yang digelar GRAF FITRAH individu itu. Ia terhasil daripada proses seseorang individu dibesarkan dalam persekitaran tertentu. Pengaruh ayah ibu, pengaruh persekitaran rumah tangga, pengaruh adik beradik, pengaruh cara dilayan, pengaruh cara dididik hinggalah beliau dewasa. Graf ini adalah graf yang menunjukkan kedalaman setiap karakter apabila berada dalam suasana kondusif di luar ruang kerja.

2) GRAF GAYA PENGUBAHSUAIAN

Graf ini berada di sebelah kiri sekali. Graf ini menggambarkan karakter dan personaliti individu apabila berada dalam ruang kerja. Bagaimana dia menyesuaikan diri dengan suasana kerja, tugasan diberikan, berinteraksi dengan para pelanggan, rakan sekerja dan orang atasan.

3) GRAF GAYA PENSTABILAN

Graf ini berada di tengah-tengah. Graf yang menggambarkan bagaimana individu menyesuaikan diri dengan situasi tekanan. Sama ada tekanan itu daripada luar ataupun dalaman diri.


Titik-Titik Pada Graf DynamicDISC, Apa Maknanya?


Apabila melihat pada graf ini, kita dapat melihat ada titik-titik berwarna gelap. Ini adalah titik-titik yang menunjukkan kedalaman setiap karakter D (Dominance), I (Infuence), S (Steadiness) dan C (Compliance). Daripada kedalaman faktor inilah kita dapat membongkar ‘misteri dan rahsia’ di sebalik personaliti manusia. Menarik bukan? ;)

Ingin menjadi pakar yang dapat mendefinisikan setiap faktor ini? Baca seterusnya.


Adakah Kajian Personaliti Ini Sudah Teruji?


Analisa Profil DISC ini sudah diguna pakai secara menyeluruh di seluruh dunia. Tidak kurang 1 juta laporan analisa profil DISC dikeluarkan per tahun di seluruh dunia.

Pengalaman kami di Malaysia, alat ini diguna secara intensif dalam program Transformasi 1TNB di bawah kendalian Tenaga Nasional Leadership Development Center yang dinamakan Intervensi Better.Brighter. Ia menjadikan Analisa Profil DynamicDISC™ ini sebagai alat membangunkan perhubungan dan kepercayaan antara satu sama lain.

Sehingga sekarang sebanyak 11,000 kakitangan Tenaga Nasional sudah melalui sesi coaching DynamicDISC dan impaknya pada peserta cukup besar. Kebanyakan individu menyatakan mereka mengenal diri mereka yang sebenar, dan dapat menggunakannya bagi membangun potensi diri pada masa hadapan mereka.


Kami juga pernah mengadakan sesi yang sama dengan 1,200 orang warga kerja Kolej Poly-Tech MARA seluruh Malaysia. Kesan dan impak buat warga kerjanya juga sama.


Alat kami ‘plugins’ ke dalam program-program kendalian FINE Academy (syarikat latihan saya yang lain). Antaranya program motivasi INSAN SUPER, program kepemimpinan PEMIMPIN SUPER, program team building TEAM DYNAMIC dan juga sesi mentoring & coaching.


Berminat mahu menjadi pakar personaliti DISC?


Hadirkan diri ke dalam program...


PENTAULIAHAN PENGANALISA PROFILE DYNAMICDISC™

(Certified DynamicDISC™ Profile Analyst)

Tarikh: 10 & 11 Jun 2017

Tempat: FINE Learning Center, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

(Google Map Search: FINE Academy)

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang


Apa yang Anda akan pelajari dalam kursus 2 hari ini?


  • Memahami Pembentukan Personaliti, Tingkah Laku & Tabiat

Manusia adalah insan penuh misteri. Para peserta akan didedahkan dengan perjalanan hidup manusia yang membentuk personaliti, tabiat dan tingkah laku. Apakah kesan DNA dan persekitaran kepada manusia? Bagaimana fasa-fasa kejadian manusia hingga membentuk dirinya.


  • Pengenalan Tentang DISC & Sistem DynamicDISC™

DISC adalah satu kajian personaliti dengan ketepatan 87%. Ia adalah hasil kajian dibuat secara mendalam oleh pakar psikologi bernama Dr. William Marston. Pada sesi ini, para peserta akan didedahkan satu demi satu pendefinisian Dominance, Influence, Steadiness dan Compliance. Mereka akan mula berkenal-kenalan dengan graf 3 Gaya DISC serta perinciannya.


  • Memahami Personaliti Dengan Sistem DynamicDISC™

Pada ketika ini peserta sudah mengenali apa itu DISC. Setiap peserta akan diterangkan makna setiap pergerakan dalam graf. Apa yang akan berlaku apabila ia berubah ke atas dan apa kaitan dengan karakter manusia. Mereka akan dibuka ‘hijab’ keajaiban graf DISC, pada ketika ini pastinya mereka akan terpukau dengan kehebatannya.


  • Kaedah Mentadbir dan Menganalisa Menggunakan Analisa Profil DynamicDISC™

Mereka akan mula diperkenalkan dengan kaedah mengendalikan sesi analisa profil DynamicDISC™ bersama bakal peserta. Langkah demi langkah diterangkan bagi memastikan para peserta dapat mengendalikan sesi ini dengan efektf.


  • Kajian Kes Analisa Profil DynamicDISC™

Sesi ini setiap peserta akan mula mengaplikasikan DISC terhadap diri mereka dan ahli-ahli yang hadir dalam sesi ini. Mereka akan mengaplikasikan setiap pengajaran di bawah pemantauan mentor yang mengendalikan kursus. Setiap bentuk graf yang khas dijelajahi, lebih banyak rahsia berkenaan karakter dan personailiti manusia akan terbongkar.


  • Aplikasi Profil DynamicDISC™

Ini adalah sesi yang paling kritikal bagaimana mengaplikasikan DISC dalam kerjaya, dalam temu duga, pemilihan kerjaya terbaik, pemilihan ahli pasukan terbaik, padana  kerjaya, padanan pasukan dan banyak lagi.


Apakah Impak yang Akan diperoleh Apabila Hadir Sesi Ini?


Anda Dapat Kembangkan dan Perluaskan Perkhidmatan Anda dengan Kehebatan Alat DynamicDISC™!

Pentauliahan ini akan membenarkan Anda menjadi pentadbir satu alat penilaian yang berkuasa tinggi. Ini akan membolehkan Anda memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan untuk para pelanggan Anda. Laporan Analisa Profil DynamicDISC™ direka sedemikian rupa bagi meningkatkan pemahaman setiap individu secara mendalam mengenai diri mereka


Antara perkara yang didedahkan melalui alat penilaian personaliti DISC ini?

Ia menyediakan penilaian personaliti lengkap.

Mengenal pasti kekuatan paling utama pada seseorang individu.

Memahami tingkah laku dan motivasi diri.

Memahami gaya komunikasi.

Memahami gaya membuat keputusan.

Celik minda mengenai perkembangan kerjaya dan profesional.

Celik minda mengenai pengembangan kerjaya masa hadapan (ruang kerjaya baru masa hadapan).

Tip dan strategi untuk komunikasi dan pembentangan.

Bagaimana untuk memimpin orang lain.

Apa yang patut ditekankan apabila bersama orang lain.

Bagaimana membina hubungan baik dengan orang lain.

Mendalami personaliti melalui graf.


Kesemua di atas akan Anda peroleh apabila menyertai program, hebat bukan?


Ini akan memberikan Anda peluang bagi menawarkan perkhidmatan berikut:

Menggunakan konsep DISC untuk kepemimpinan dan gerak kerja berpasukan.

Membuat analisa padanan kerjaya bagi tujuan pengambilan pekerja dan penstrukturan kerja.

Analisa pasukan dengan kaedah Analisa Profil Pasukan DynamicDISC™.

Interaksi terancang antara dua individu bagi memudahkan kerja lebih berkesan.

Adaptasi gaya kepemimpinan untuk hasil maksimum.

Membaca orang lain seumpama membuka buku - menggunakan pemerhatian bagi mencari jalan terbaik membuat hubungan.

Analisa potensi tekanan - bagaimana situasi dan suasana disesuaikan dengan personaliti.

Dan banyak lagi….


Apakah Bezanya dengan Alat Psikometrik Lain?


Ada pelbagai alat psikometrik digunakan bagi mengkaji personaliti manusia. Kesemuanya mempunyai kelebihan dan kekurang sendiri. Mengapa saya memilih alat ini? Saya pernah belajar pelbagai jenis alat psikometrik, namun begitu saya tidak bertemu satu alat yang lebih pantas daripada Analisa Profil DynamicDISC™ ini. Hanya perlu buat kajian individu selama 7 minit, dalam masa kurang 30 minit (per individu) satu laporan analisa lengkap dengan ketepatan 87%.

Tentu Anda tahu mengapa saya memilih kaedah ini. :)

Baca apa impak yang mereka ini katakan apabila menghadiri sesi Pentauliahan Penganalisa Profil DynamicDISC™ yang lepas.







Apa pandangan Anda?


SERTAI SESI KHAS RAMADAN DENGAN TAWARAN YURAN ISTIMEWA


PENTAULIAHAN PENGANALISA PROFILE DYNAMICDISC™

(Certified DynamicDISC™ Profile Analyst)

Tarikh: 10 & 11 Jun 2017

Tempat: FINE Learning Center, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

(Google Map Search: FINE Academy)

Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang


Hanya perlu bawa alat tulis sahaja. Tidak diperlukan laptop ataupun alat lain. Buku kerja dan nota akan diberikan.



(Kumpulan pertama Certified Profile Analyst DynamicDISC™)



(Kumpulan ketiga Certified Profile Analyst DynamicDISC™)

Apa yang Akan Anda Peroleh Apabila Mendaftar Sekarang?


Sebuah fail modul pentauliahan.

Sijil pentauliahan.

Peluang untuk menduduki semula sesi pentauliahan pada masa hadapan secara percuma.

Kumpulan sokongan yang akan membantu Anda seumur hidup.

Akses kepada sistem Analisa Profil DynamicDISC™.

Percuma 5 laporan Analisa Profil DynamicDISC yang dapat dibuat dengan 5 orang pilihan Anda.

Peluang menjadi Associate Trainer untuk mengendalikan sesi bersama syarikat kami.


Lebih menarik, apabila mendaftar sekarang,  Anda akan memperoleh kadar yuran istimewa khas RAMADAN


Kadar asal RM2,500


Apabila Anda mendaftar sekarang Anda dapat menyertainya pada kadar

RM1200 sahaja


Disclaimer: Program ini adalah pentauliahan profesional yang disediakan oleh pengasas Sistem DynamicDISC™.  Ia juga ditambah nilai berdasarkan teori dan pengalaman sebenar Master Trainer DynamicDISC™ Tuan Fauzul Na’im Ishak selama lebih 6 tahun dalam kajian personaliti dan karakter diri. Apa yang kami janjikan ialah ilmu yang anda boleh gunakan secara langsung dalam kehidupan, keluarga, bisnes dan kerjaya Anda. Kami tidak menjanjikan sebarang kenaikan jualan secara mendadak selepas menyertai program ini namun ianya tidak mustahil! Seminar ini bakal memberi impak positif kepada diri, kerjaya dan organisasi Anda jika ilmu yang diajarkan digunakan sebaiknya. Testimoni yang dipaparkan adalah daripada pelajar Program Pentauliahan Penganalisa Profil DynamicDISC™ yang sebenar.


Sertai kami selagi pendaftaran ini dibuka. Kuota terhad untuk 15 orang peserta sahaja.


UNTUK PENYERTAAN, ISI BORANG DI BAWAH.


Sebarang perkara berbangkit dalam proses mengisi borang ataupun membuat bayaran,

Sila (WhatsApp/Telegram sahaja) ke +6018 260 1811 ataupun  hubungi pejabat kami di +603 4149 2560