Akaun finejots.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Kursus Ekspres: Tulis Buku Pertama Anda

Penulisan adalah gabungan dua unsur iaitu unsur seni dan unsur bisnes. Kedua-duanya adalah sinergi dan saling berkait rapat. Buku yang baik tidak akan memberikan manafaat kepada para pembaca jika diterbitkan dan tidak dirancang pengedarannya dengan baik. Begitu juga jika mempunyai pasukan penerbitan dan pengedaran buku yang baik tetapi tidak mempunyai produk buku berkualiti.

Kursus Ekspres – Tulis Buku Pertama Anda” adalah bengkel yang wajib disertai oleh Anda apabila Anda ingin melihat penulisan dan penerbitan buku secara sinergi. Apabila Anda menyertai program ini, Anda akan didedahkan mengenai apakah mitos-mitos dan faktor penghalang kepada seorang penulis. Di sini Anda akan memecahkan belenggu yang bermain di minta kebanyakan penulis.

Bukan itu sahaja, Anda akan didedahkan kaedah untuk melindungi hak cipta, menjaga harta intelek Anda yang amat berharga itu. Anda juga akan diberikan pendedahan teknik langkah demi langkah menghasilkan sebuah penulisan buku yang memenuhi kehendak pasaran. Daripada bagaimana memilih bidang, mencerna idea hinggalah menumpahkan idea Anda ke atas kertas. Di samping itu juga Anda akan mengetahui keseluruhan proses penerbitan buku, percetakan hinggalah kepada memasarkannya ke pasaran.

Ini adalah program yang wajib hadir jika Anda ataupun organisasi Anda ingin memastikan kejayaan penerbitan buku Anda.

SIAPA JURULATIH?

Tuan Fauzul Na'im Ishak adalah Pengarah Penerbitan di PTS Media Group Sdn Bhd. Seorang individu yang dikenali sebagai JURULATIH PENULIS SUPER. Sudah mengendalikan lebih daripada 200 bengkel dan melahirkan ramai pengarang bestseller Malaysia. Antara yang pernah dibimbing oleh beliau adalah Dr. Danial Zainal Abidin, Dr. Tengku Asmadi, Amin Idris dan ramai lagi.

Berpengalaman 17 tahun dalam bidang penerbitan dan penulisan buku. Bermula daripada menjadi seorang editor perolehan, pengurus penerbitan, pengurus besar penerbitan hingga dilantik memegang jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif PTS. Memegang pelbagai jawatan penting dalam dunia penulisan dan penerbitan antaranya AJK Persatuan Editor Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Pengiklanan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Pengerusi Jawatankuasa Promosi Pesta Buku Selangor dan beberapa lagi.

Beliau akan bantu Anda untuk membangunkan kredibiliti dalam bidang penulisan. 

Bengkel ini mempersembahkan modul dalam 3 fasa iaitu :

Fasa 1 : Fasa Pra Penulisan

Penulisan buku adalah gabungan dua unsur iaitu SENI dan BISNES. Buku yang dapat menembusi pasaran dengan baik adalah buku yang dirancang daripada sebelum ia ditulis. Para peserta didedahkan dengan kaedah Business Model Canvas untuk Buku. Para peserta akan merancang apakah NILAI yang akan diberikan dalam buku, kenal pasti SEGMEN PELANGGAN, SALURAN untuk menyalurkan NILAI, kaedah membina TRIBE dan PELAN STRATEGIK menghasilkan buku MESRA PELANGGAN. Kaedah yang tidak pernah didedahkan dalam mana-mana bengkel penulisan lain sebelum ini.

Fasa 2 : Fasa Penulisan

Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan.

Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan

Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya mesra pembaca.

Maklumat Kursus

Bengkel Tulis Buku Pertama

Tarikh: 3 Jun 2017

Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Tempat: FINE Learning Center, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

GOOGLE MAP SEARCH: FINE Academy


Apa yang akan anda pelajari dalam Kursus Ekspres : Tulis Buku Pertama Anda?


Modul 1: Business Model Canvas untuk Buku Pertama

Modul 2: Memulakan Langkah Sebagai Seorang Pengarang

Modul 3: Teknik Menjana Idea Kreatif untuk Penulisan

Modul 4: Teknik Menulis Efektif dan Efisien : Tulis, Rakam & Susun

Modul 5: Teknik Adaptasi : Teori & Praktikal



BONUS TAMBAHAN !


1. Percuma 'template' kertas cadangan (proposal) buku (format Word)

2. Senarai penerbit yang bersedia menerima proposal dan manuskrip buku anda. 

5. Konsultasi percuma untuk tempoh 3 bulan.


Di akhir kursus ini Anda sebagai peserta akan:

  • Mengetahui trend terkini dunia penulisan dan penerbitan buku
  • Mengenal pasti permasalahan undang-undang yang sering dihadapi oleh pengarang
  • Mengetahui fasa-fasa dalam menghasilkan karya berkualiti dan mesra pembaca
  • Menyediakan pemikiran strategik seorang pengarang
  • Menggunakan teknologi penulisan terkini dengan aplikasi kaedah berkesan ‘KJ Metode’
  • Mengetahui rahsia kejayaan pengarang bestseller terdahulu
  • Mengetahui apakah rahsia sebuah penerbitan buku berjaya


Apa kata mereka yang pernah turut serta? 


“Memotivasikan saya untuk menulis. Mempermudahkan saya untuk menulis.Ilmu penulisan saya meningkat. Saya akan menulis. Memuaskan.”

– Dr.Rushdan Ibrahim, Pegawai Penyelidik, FRIM


“Penyampaian bersemangat. Tahniah dan syukur. Perkongsian ilmu telus dan sepenuh hati. Terima kasih kepada seisi keluarga Akademi Penulis. 3 hari bersama sungguh indah, semoga Allah s.w.t merahmati kalian semua. Amin. Peserta membuat ‘post luck’ di akhir kursus untuk menambah kemesraan. Dicadangkan semasa klinik penulisan nanti. Sesama komuniti penulis perlu menjadi seperti adik beradik.”

– Norashikin Muhammad, Pendidik, Kementerian Pendidikan Malaysia


“Pengalaman penceramah selama 11 tahun dijelmakan dalam 3 hari. Mendapat momentum dan senario sebenar untuk menulis buku. Masa ditepati. Buat klinik.”

– Faridah Mohd Ali


“Ianya menyediakan dan memberikan maklumat lengkap tentang dunia penulisan. Ia juga membuka mata tentang betapa dunia penulisan kehausan dan kekurangan pengarang. Lebih masa untuk menyiapkan proposal (pop).”

– Rosita Arman Michael, Pensyarah


“Mendedahkan saya proses penulisan yang betul. Sesuai untuk peserta yang tidak pernah ada pengalaman menulis.”

– Norsa’adah


“Dimuatkan dengan teknik-teknik menjana idea, pemasaran dan pengetahuan mengenai hak cipta. Juga dimotivasikan berdasarkan semangat ‘jihad’. Maklumat berdasarkan pengalaman penerbit yang matang dalam bidangnya. Semuanya okay, Alhamdulillah.”

– Nor Azian Md. Noor, Pensyarah, Institut Pendidikan UIAM, Gombak


“Memberi maklumat dan kemahiran secara realistic iaitu dari penulis kepada penerbit. Didedahkan kepada teknik-teknik yang praktikal.”

Dr. Mariam Mohamad, Pensyarah Kanan Perubatan, Fakulti Perubatan, UiTM


“Menghuraikan semua yang perlu diketahui oleh bakal-bakal penulis. Masa suntuk jadi saya rasa tidak perlu di ulang apa yang telah disampaikan. Lebih baik masa itu digunakan untuk masuk tajuk baru.”

– Fatimah Mohamad, Guru, SMJK Pulau Sebang, Melaka


“Menarik minat untuk meneruskan penulisan dan rasa tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang ada kepada masyarakat. Banyak ilmu yang saya perolehi melalui penulisan, dimana sebelum ini amat kabur mengenai penulisan ini. Tidak sesuai habis terlalu lambat iaitu waktu malam terutama peserta peserta yang ada anak.”

– Nor Azrina Ali, Pegawai Pergigian, Fakulti Pergigian USIM


Kursus ini jarang diadakan disebabkan masa Tuan Fauzul yang amat padat, beliau kali ini bersedia untuk bersama dengan para peserta menjelajah dunia penulisan buku dengan cara komprehensif berdasarkan 17 tahun pengalaman dalam dunia perbukuan Malaysia.


Berapa Yuran?

RM350 Sahaja

Disebabkan ini adalah bersempena bulan Ramadhan, KHAS Kadar Bulan Ramadhan.

Hanya RM280 Sahaja


Kami beri jaminan 100% wang akan dipulangkan jika Anda hadir dan tidak mendapat apa-apa daripada bengkel ini. Satu lagi, ini bukan program untuk UPSELL. Ia adalah SEPENUHNYA TEORI & PRAKTIKAL sebenar. Tuan Fauzul tidak akan sembunyikan apa-apa pun. Beliau beri komitmen untuk penuhi segala pertanyaan walaupun terpaksa menunggu sampai ke malam (bulan Ramadhan ada solat Tarawikh :)).

Apa lagi BERTINDAK SEKARANG!! Mungkin peluang ini tidak akan datang lagi di masa akan datang atas kesibukan Tuan Fauzul.